Definisi teknologi pendididkan meliputi perkakasan, bahan, teknik, organisasi, pengetahuan yang dihasilkan secara sistematik. Ia memainkan peranan penting dalam membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran. Teknologi pendidikan tidak lagi dianggap sebagai satu bidang pengkhususan yang perlu dipelajari oleh setiap orang tidak terkira bidang pendidikan. Ia juga boleh dikatakan sangat membantu dalam penggunaan secara sistematikke atas teknologi moden. Ia amat membantu proses pembelajaran manusia tanpa sekatan dalam mana-mana bidang. Ia juga merupakan satu motivasi minat kepada pelajar. Ia juga dapat menjimatkan masa,merangsangkan pemikiran kritikal,membawa variasi dalam pembelajaran serta menambahkan ingatan para pelajar. Masih terdapat guru-guru yang kurang menggunakan alat teknologi pendidikan. Kepentingan teknologi pendidikan sudah lama telah diterapkan melalui TV Pendidikan, Radio Pendidikan dan Alat Pandang Dengar. Cuma ianya tidak dititikberatkan atau dipaksa penggunaannya. Walaupun banyak diusahakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan masih ramai enggan menggunakan hasil mereka. untuk membudayakan penggunaan teknologi pendidikan di sekolah guru besar, guru pusat sumber dan media patut berperanan sebagai agen perubahan yang dapat meningkatkan motivasi serta sikapguru-guru. Dengan ini pelbagai halangan seperti teknofobiadapat dikurangkan di kalangan guru-guru. Latihan terhadap penggunaan Alat Teknologi Pendidikan di peringkat sekolah seperti mengadakan bengkel dan pendedahan dapat mempertingkatkan lagi proses pembudayaan teknologi pendidikan dalam P&P di sekolah.Saya amat bersetuju dengan pendedahan seperti ini kerana ia dapat menghilangkan fobia beberapa guru yang baru hendak belajar.
Disebalik kebaikan ini ada juga beberapa keburukan mengenai teknologi pendidikan ini. Ia melibatkan banyak wang untuk pelajari atau memiliki bahan seperti komputer riba. komputer , dan sebagainya. Kedua sikap guru sendiri menjadi satu masalah apabila guru kurang pendedahan, tiada kakitangan media yang boleh membantu pada saat-saat yang kritikal, kurang kerjasama daripada rakan sekerja atau pihak atasan. Di sekolah tanpa jadual penggunaan, kekurangan peralatan, tiada senarai alatan atau sukar menggendalikan alat media merupakan masalah-masalah biasa. Kesemua masalah ini dapat diatasi dengan cekap oleh seorang guru besar yang sedia menerima dan membawa perubahan. Perubahan sikap juga boleh berlaku melalui latihan,pemilihan serta penggunaan bahan media dari semasa ke semasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
cikgu Bhairavi,
ReplyDeleteTeknologi maklumat dan komunikasi ini menyediakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dan berlainan daripada kaedah yang sedia ada sebelum kemunculan teknologi multimedia yang serba canggih. Para pelajar dapat menguasai sesuatu pembelajaran mengikut kaedah pembelajaran yang mereka minati menerusi penggunaan teknologi moden pada masa kini.
Apebila semakin banyak aplikasi teknologi yang digunakan dalam kehidupan, semakin tinggi darjah kebergantungan pengguna terhadap teknologi terutama ICT. Contohnya, mungkin ada pendidik yang tidak dapat menyampaikan kuliahnya tanpa bantuan komputer atau bila putus bekalan elektrik. Disamping itu, apabila timbul masalah gangguan virus. Seluruh organisasi akan tergendala.
ReplyDelete