Berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan , terbukti bahawa sikap guru-guru terhadap teknologi pendidikan boleh diubah. Proses motivasi boleh digerakkan untuk menggunakan media yang ada dengan mengubah perlakuan individu berserta dengan ciri-ciri kepimpinan yang wajar, bersifatterbuka serta berfikiran positif. Untuk membudayakan penggunaan teknologi pendidikan di sekolah Guru Besar ,guru Pusat Sumber dan media boleh berperanan sebagai agen perubahan yang dapat meningkatkan motivasi serta sikap guru-guru. Oleh yang demikian secara tidak langsung ,proses difusi teknologi pendidikan di PSS atau di PKG atau PSPN mungkin akan terlaksana.
Guru Besar sebagai pemimpin di sekolah mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan teknologi pendidikan supaya dapat menjadi contoh atau teladan kepada guru-guru di bawah pimpinannya. Guru Besar juga perlu bersikap sepunya. Dengan keadaan begini, pembudayaan teknologi pendidikan tidak menimbulkan masalah kerana mereka bertanggungjawab bersama.
Daripada buku TEKNOLOGI PENDIDIDKAN oleh ABD.RAHMAN BIN DAUD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
saya sangat bersetuju dengan pembudayaan ict disekolah.Dengannya banyak kelebihan dapat kita gunakan untuk kebaikan sekolah kita. Namun apa yang menjadi masalah adalah sikap pengguna itu sendiri-samada guru mahupun murid tersebut. Ada guru yang masih fobia untuk menggunakan komupter.Kemudahan komputer yang terdapat disekolah kadang-kadang tidak dapat berfungsi sepenuhnya. Ini menjadikan budaya ict disekolah berkenaan tergantung. Sekolah kecil seperti sekolah saya masih belum mempunyai makmal komputernya sendiri. Pelajar menanti dengan penuh harapan untuk melihat sebuah bangunan makmal komputer sekolah itu sendiri. Untuk itu perlu diujudkan prasarana komputer itu sendiri terlebih dahulu....
ReplyDeletesekian......nandre.
Cikgu Bhairavi, Kebaikan ICT memang telah terbukti keberkesanannya. Bukan hanya untuk sekolah malah dalam semua jabatan. Cuma kita sebagai pentadbir amat berperanan dalam memantau guru-guru dalam mempastikan mereka menggunakan ICT dalam P & P dengan berkesan kerana kejayaan dan kecemerlangan sekolah bergantung kepada kemantapan mereka menggunakan ICT.
ReplyDeleteSaya juga menggunakan ICT dalam banyak perkara terutama mencari bahan-bahan ilmiah. Kalau nak kata kunci yang ilmiah, mohon la pada saya. TQ
hye..
ReplyDeleteMengikut kajian saintifik membuktikan bahawa proses ingatan yang berlaku dalam otak manusia semakin mudah dilaksanakan apabila manusia menerima pelbagai pengukuhan dalam pelbagai bentuk dalam masa yang singkat. Oleh itu, penggunaan gambar atau imej adalah lebih baik dari teks kerana ia mempunyai nilai seni dan ianya berdasarkan pengalaman semula jadi manusia. Selain itu juga, penambahan animasi serta bunyi-bunyian dapat membantu deria penglihatan dan juga deria pendengaran untuk lebih aktif serta peka dalam pembelajaran. Cara ini amat mudah dalam proses mengingat ini kerana konsep interaktiviti dalam multimedia melibatkan pusat otak manusia yang seterusnya dapat meningkatkan lagi proses pengajaran serta pembelajaran.Oleh itu, kita sebagai pentadbir boleh la melihat dan menilai macam mana guru-guru kita mengajar apabila menggunakan makmal komputer:-)
Pn. Bhaira, saya sependapat dengan pandangan dan fikiran yang diutarakan oleh rakan-rakan melalui komen mereka. Guru Besar bukan sekadar berperanan malahan bertangungjawab sepenuhnya untuk memotivasi dan mempertingkatkan penggunaan ICT dalam P&P guru. Sebagai orang nombor 1 dalam sebuah organisasi, pemimpin perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu semasa seperti IT, SSQ, SEQ dan sebagainya.Jika begini situasinya sudah tentu pengurus dapat dijadikan sebagai role-model.
ReplyDelete