Saturday, March 20, 2010

Teknologi Dalam Perubatan

Kegunaan teknologi dalam bidang perubatan

CABARAN mendepani kesihatan kini banyak bergantung kepada kecanggihan teknologi yang membantu mengurangkan 'pening kepala' pesakit bukan kerana penyakit dialami, tapi sebaik melihat kos perubatan semakin meningkat saban tahun. Beberapa langkah boleh diambil bagi menangani masalah terbabit sama ada di pihak umum sendiri atau kemampuan hospital mendapatkan perkakasan teknologi maklumat (IT) yang komprehensif bersesuaian dengan kehendak pesakit semasa. Apabila dilihat bidang perubatan dari perspektif pembekal perkakasan industri terbabit, ramai bersetuju untuk menghasilkan peranti yang tidak menyusahkan pengguna. Tidak lupa juga isu berkaitan kepantasan mengesan penyakit sebelum ia menular menjadi lebih parah dan teknologi menjadi jawapan utama bagi merungkaikan persoalan terbabit.

Keperluan kesihatan memerlukan perkakasan moden jika dihitung berdasarkan kajian populasi dunia yang akan meningkat kepada sembilan bilion pada 2050. Daripada jumlah terbabit, dua bilion penduduk berusia 60 tahun ke atas, tahap yang membabitkan pelbagai jenis penyakit. Berdasarkan kajian Laporan Tahunan 2008 Philips, kos penjagaan kesihatan dunia dijangka mengalami pertambahan kira-kira RM39 trilion. Ketua Pegawai Eksekutif Penjagaan Kesihatan Philips, Steve Rusckowski, berkata penjagaan kesihatan adalah satu perkara paling dibimbangkan ditambah kehidupan dengan penyakit kronik.

1 comment:

  1. saya bersetuju dengan kenyataan tersebut.sepatutnya lebih banyak peruntukkan perlu dilaburkan dalam bidang kesihatan demi kesejahteraan rakyat semua.

    ReplyDelete