Thursday, March 18, 2010

Jabatan Teknologi Pendidikan merupakan sebuah jabatan akademik yang terdapat di Institut perguruan Tun Hussein Onn, Batu Pahat. Jabatan ini terlibat dalam pengajaran mata pelajaran Pengurusan Sumber, Teknologi Pendidikan, TMK dalam Pendidikan dan Pembestarian dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Di samping itu jabatan juga melaksanakan Kursus Dalam Cuti KPLI, KPLD dan KDPM.

Sebagai sebuah jabatan akademik, jabatan Teknologi Pendidikan berperanan melatih bakal guru dan guru dalam perkhidmatan yang berilmu pengetahuan dan cekap menggunakan bahan sokongan termasuk TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu jabatan ini juga berperanan sebagai pusat rujukan pedagogi, penyelidikan serta pembangunan pengajaran dan pembelajaran.



OBJEKTIF JABATAN

Dapat melahirkan guru yang mempunyai kemahiran Teknologi Pendidikan yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dapat elahirkan guru pelatih yang dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran Teknologi Pendidikan dalam melaksanakan tugas di bidang kurikulum dan kokurikulum di sekolah.

Dapat menguasai prinsip-prinsip umum pengajaran dan pembelajaran menggunakan Teknologi Pendidikan berteraskan teknologi maklumat dan strategi penyampaian yang terkini dan berkesan.

Dapat meningkatkan profesional untuk menghasilkan guru yang berdedikasi dan komited.

Menjalankan kajian dari masa ke semasa dalam bidang Teknologi Maklumat dan kaedah pengajaran.

Pembudayaan Teknologi Pendidikan Di Sekolah

Berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan , terbukti bahawa sikap guru-guru terhadap teknologi pendidikan boleh diubah. Proses motivasi boleh digerakkan untuk menggunakan media yang ada dengan mengubah perlakuan individu berserta dengan ciri-ciri kepimpinan yang wajar, bersifatterbuka serta berfikiran positif. Untuk membudayakan penggunaan teknologi pendidikan di sekolah Guru Besar ,guru Pusat Sumber dan media boleh berperanan sebagai agen perubahan yang dapat meningkatkan motivasi serta sikap guru-guru. Oleh yang demikian secara tidak langsung ,proses difusi teknologi pendidikan di PSS atau di PKG atau PSPN mungkin akan terlaksana.

Guru Besar sebagai pemimpin di sekolah mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan teknologi pendidikan supaya dapat menjadi contoh atau teladan kepada guru-guru di bawah pimpinannya. Guru Besar juga perlu bersikap sepunya. Dengan keadaan begini, pembudayaan teknologi pendidikan tidak menimbulkan masalah kerana mereka bertanggungjawab bersama.

Daripada buku TEKNOLOGI PENDIDIDKAN oleh ABD.RAHMAN BIN DAUD

PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

KE ARAH PEMBESTARIAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Oleh DR. ISMAIL ZAIN

“PENDIDIKAN bertaraf dunia” sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institusi perkembangan ilmu. Pengiktirafan yang diberikan terhadap bidang pendidikan membawa satu implikasi dan impak yang serius terhadap profesion perguruan yang secara langsung terlibat di dalam sistem penyampaian ilmu.

Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan generasi mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. Hanya manusia yang berbudaya fikir dapat bersaing di medan antarabangsa serta menjanakan idea ke arah pembangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan negara.

Tahun 2000 bukan sahaja berkehendakkan manusia mengamalkan budaya fikir tetapi bersama-sama menggabungkan penggunaan teknologi dalam sebarang bentuk tindakan. Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dengan adanya penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan. Manakala kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar yang lebih menyeronokkan.

Dalam hal ini profesion perguruan di alaf baru ini haruslah mampu menguasai dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Kebestarian sesuatu pengajaran itu bergantung kepada sejauhmanakah seseorang guru dapat mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu ke arah melahirkan seorang pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani serta dapat hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada agama dan kepercayaan pada Tuhan sepertimana yang terdapat dalam falsafah pendidikan negara.

Anjakan Paradigam

Sehubungan dengan hasrat ini konsep sekolah bestari telah diperkenalkan dan guru-guru pula haruslah memberi satu respons yang positif ke arah mengimplementasikannya. Dalam situasi ini guru-guru harus membuat sedikit anjakan paradigma terhadap pemikiran serta tanggapan yang akan melibatkan penyusunan strategi pengajaran begitu juga dalam amalan di bilik darjah:

“Kita perlu berkisar dan berganjak daripada norma dan kebiasaan dalam melaksanakan

tugas-tugas kita yang lazim, rutin dan “reasonable” kepada yang lain:

yang inovatif dan imaginatif; yang bersifat non-linear,

dan lateral yang menggunakan budaya “reflective rationality”

dan yang “unreasonable”

(Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin)

Berbagai-bagai takrifan telah diberikan mengenai teknologi pendidikan

"Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan"

(Crowell (1971):Encyclopedia of education)

"Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulakn pembelajaran"

(Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology)

Kesimpulan: Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.

Kepentingan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran

  • Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan.
  • Menjimatkan masa, tenaga dan wang.
  • Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh menghiburkan pelajar.
  • Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh.
  • Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian.
  • Melibatkan pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar.
  • Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar.
  • Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum.
  • Memperkayakan pengalaman pelajar. Cth: media bergerak boleh memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka mengalaminya.
  • Tuesday, March 9, 2010

    hai, thank you for assisting me forever.take care.
    hai, thank you for helping me. take care.